Kei car, K-car, atau keijidōsha (軽自動車?, bermaksud "kereta ringan") (disebut /keːdʑidoːɕa/), merupakan kategori kereta kecil diJepun, termasuklah kereta penumpang, van serta lori pikap. Ia direkabentuk sebegitu rupa untuk mengeksploitasi potongan cukai daninsurans, dan di kawasan luar bandar pula ia dikecualikan daripada keperluan ruangan parkir yang mencukupi.[1][2] Piawaian ini mula diasaskan pada penghujung Perang Dunia Kedua, di mana kebanyakan rakyat Jepun tidak mampu memiliki sebuah kereta tetapi mampu memiliki sebuah motosikal. Piawaian kereta kei car mula dibentuk bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif serta untuk menawarkan kaedah penghantaran alternatif kepada kedai dan perusahaan kecil.
Oleh kerana peraturan hanya mengehadkan saiz fizikal, saiz enjin serta kuasa kuda, pengeluar kereta sering menerapkan banyak teknologi canggih bagi kelas berkenaan. Hasilnya, kereta kei car sering dipasang dengan enjin pernafasan paksaan, transmisi automatik dan CVT, sistem pacuan roda hadapan, roda belakang dan empat roda, pacuan hibrid, penyaman udara, GPS serta banyak lagi.
No comments:
Post a Comment