Model kereta kompak terbaharu keluaran Proton iaitu Proton Iriz dilancarkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad
Kereta jenis hatchback itu didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium - dalam tujuh warna.
Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.
Tuesday, 21 October 2014
Proton Prevé
Proton Prevé merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Persona dan Proton Gen-2. Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.
Prevé didakwa sebagai kereta global Proton pertama, dibuktikan melalui nama Prevé itu sendiri, yang bermaksud untuk membuktikan atau bukti.
Proton Inspira
Proton Inspira[1], sebelum ini dikenali sebagai Proton Sedan Baru[2], atau nama kodnya P390A, adalah model sedan baru untuk menggantikan Proton Waja yang dikeluarkan oleh Proton berasaskan Mitsubishi Lancer GT. Ia adalah sebahagian daripada perjanjian pemindahan teknologi antara Proton dan Mitsubishi[3][4][5].
Tiga varian bakal dikeluarkan di kilang Proton iaitu 2.0 liter CVT dengan kawalan paddle shift yang mengawal enam kelajuan maya, 1.8 liter CVT dan 1.8 liter manual. Harga jualan bermula dari RM78,600[6] bagi model 1.8 liter manual sehinggalah RM92,910[7] bagi model 2.0 liter CVT. Model pertengahan juga adalah model 1.8 CVT.[8]
Proton Exora
Proton Exora ialah MPV dihasilkan oleh Proton. Pembangunan model MPV ini bermula daripada sifar dan ia bakal menjadi MPV pertama rekaan anak Malaysia. Bahagian belakang bumbungnya tidak bercerun sebagaimana kebanyakan MPV masa kini untuk menambah ruang pada barisan ketiga. Proton berkemungkinan akan menggunakan enjin Campro CPS 1.6L untuk menggerakkan MPV ini memandangkan penggunaan bahan apinya lebih baik daripada enjin yang lebih besar. Beberapa gambar intipan dari internet menunjukkan Proton sememangnya ada mencuba enjin berkenaan pada MPV keluaran syarikat kereta lain[2]. Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah sepenuhnya sudah tersebar di serata internet pada 23 Januari 2009[3], lebih awal daripada tarikh pelancaran yang sepatutnya pada bulan April 2009[4].
Pada penghujung tahun 2011, Proton mengumumkan versi baru Proton Exora,iaitu Proton Exora Bold 1.6,dikeluarkan dalam tiga versi iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya versi tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menggunakan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm.
Harga yang di tawarkan juga mampu milik iaitu untuk Exora Standard 1.6(M)CPS pada harga RM59,570[5] untuk Exora Bold Standard 1.6(A)CFE pada harga RM68,560[6] untuk Exora Bold Executive 1.6(M)CPS pada harga RM66,770[7] untuk Exora Bold Executive 1.6(A)CPS pada harga RM71,770[8] untuk Exora Bold Premium 1.6(A)CFE pada harga RM79,570[9]
Proton Persona
Proton Persona merupakan kereta sedan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON. Ia dihasilkan bagi menggantikan model sebelumnya, Proton Wira yang berusia 14 tahun. Di United Kingdom dan di Indonesia, model Persona ini dikenali sebagai Proton Gen-2 Persona bagi mengelak kekeliruan dengan model Proton Wira yang dipasarkan dengan nama Proton Persona di sana.
Proton Savvy
Model sistem gear insani (MT) telah dilancarkan di Malaysia pada Jun 2005 manakala model penghantaran automatik {AMT) dilancarkan pada November 2005. Di United Kingdom, Proton Savvy telah dilancarkan pada September 2005.
Proton Gen-2
Proton Gen-2 ialah sebuah kereta keluaran PROTON. Ia dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Enjin CamPro.
Proton Gen.2 merupakan kereta terkini keluaran Proton yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Dengan menggabungkan rekabentuk yang menarik dan kejuruteraan tercanggih, Proton amat berharap agar model terbarunya ini mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap kereta nasional(untuk pengguna tempatan) yang selama ini dikatakan tidak mempunyai kualiti yang diharapkan. Proton sedar mereka perlu keluar dari kepompong mereka dan bertukar menjadi pengeluar kereta yang lebih disegani.
Proton Arena
Proton Arena merupakan sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia.Sebenarnya ia ialah Proton Wira yang diubahsuai.
Proton Waja
Proton Waja, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional Malaysia,Proton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma. Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada penghujung tahun 2005, satu lagi varian eksklusif Waja dengan tapak roda yang lebih panjang iaitu Proton Waja Chancellor dilancarkan, digerakkan oleh enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.
Proton Juara
Proton Juara merupakan sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.
Dikuasakan Oleh enjin 1.1 Liter Dan Berbentangan FR(Enjin Depan Pacuan Belakang)
Subscribe to:
Posts (Atom)