Wednesday, 22 October 2014

Perodua Axia

Perodua Axia ialah kereta kompak lima pintu yang dihasilkan oleh salah sebuah pembuat kenderaan Malaysia,Perodua. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan akan dilancarkan pada 15 September 2014. Nama 'Axia' disebut dengan bunyi 'azia' (a-zee-a) berasal dari perkataan Asia. Huruf 'x' dalam 'Axia' juga mewakili bilangan sepuluh mengikut nombor roman, menunjukkan Axia adalah Perodua yang kesepuluh. Untuk model Axia ini Perodua menggunakan slogan "Your Smart Move" atau dalam versi Bahasa Melayu "Langkah Bijak Anda/Ternyata Bijak".
Perodua Axia ialah kereta hatchback lima pintu yang dibangunkan oleh pengilang kereta Malaysia, Perodua. Ia dilancarkan pada September 2014 sebagai pengganti pada Perodua Viva. Perodua Axia dibangunkan berasaskan Daihatsu Ayla / Toyota Agya. Axia merupakan model pertama yang dikeluarkan dari kilang baru Perodua di RawangSelangor.

Perodua Alza


Perodua Alza merupakan MPV kompak dihasilkan oleh Perodua. Perodua menekankan Alza menjadi kereta pilihan bagi keluarga muda dengan anak-anak. Hal ini diadaptasi daripada Daihatsu Boon dan Toyota Passo Luminas Sette, melainkan menggunakan de-tuned 1.5 liter Toyota Avanza dan Daihatsu Terios nama enjin. Alza berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud 'bangkit'.

Perodua ViVA

Perodua ViVA merupakan kereta terbaru yang dihasilkan oleh Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Perodua ViVA telah dilancarkan pada 10 Mei 2007. Asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua Kancil dan Perodua Kelisa, kereta kompak ini cuma dipasarkan untuk menggantikan Kelisa sahaja, manakala Kancil akan terus dijual. Perodua ViVA ini direka berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira. Semua versi enjin yang digunakan - 660cc, 850cc dan 1,000cc - menggunakan enjin DVVT Daihatsu.

Perodua Nautica


Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini keluaran terbaru syarikat Perodua. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI). Tempahan ke atasnya mula dibuka bermula 10 Mei 2008.[1]
Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding yang lain (berharga RM89,000, dengan insurans) memandangkan bahagian-bahagian kereta dan ia sendiri datang serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import.[2]
Kereta ini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua yang beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia.

Perodua Myvi

Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta MalaysiaPerodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.[1][2]

Perodua Kelisa

Perodua Kelisa merupakan kereta kompak berasaskan generasi ke-7 Daihatsu Mira dan dikeluarkan oleh Perodua.

Perodua Kenari

Perodua Kenari merupakan kereta keempat keluaran Perodua. Ia merupakan sebuah kenderaan MPV dengan 5 tempat duduk. Kenarimempunyai enjin 989cc, 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Mengambil rekaan daripada Daihatsu Move L900

Perodua Kembara

Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) berasaskan model Daihatsu Terios Ia Dikuasakan Enjin 1.3 Liter Dan Transmisi Manual 5 Kelajuan,automatik 4 Kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa(AWD). Pada Tahun 2003 Model Ini Dilengkapi sistem DVVT. Produksi Model Ini Berakhir Pada Tahun 2008 Dan Digantikan Dengan Perodua Nautica Yang Juga Berasaskan Model Daihatsu Terios Yang Terbaru..

Perodua Rusa

Perodua Rusa ialah sebuah mikrovan dan MPV pertama Perodua. Rekaannya diambil dari model Daihatsu Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. Pelancaran pertama pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3CX (model biasa 2 tempat duduk enjin 1.3 liter. Pada tahun 1997, dilancarkan Perodua Rusa 1.3 GX (7 tempat duduk enjin 1.6 liter).
Nama rusa berasal daripada nama seekor binatang yang mempunyai tanduk bercabang. Sebelum digantikan dengan lambang Perodua, lambang asal van ini adalah gambar rusa melompat.
Selepas itu, Perodua Rusa dikeluarkan lagi dengan versi facelift dimana terdapat perubahan pada grill, rim baru dan lampu belakang yang diletakkan 'reflecting tape'.

Perodua Kancil

Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.
Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.

Sejarah Perodua

Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar diSungai ChohSerendahSelangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua".