Wednesday, 22 October 2014

Perodua Nautica


Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini keluaran terbaru syarikat Perodua. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI). Tempahan ke atasnya mula dibuka bermula 10 Mei 2008.[1]
Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding yang lain (berharga RM89,000, dengan insurans) memandangkan bahagian-bahagian kereta dan ia sendiri datang serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import.[2]
Kereta ini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua yang beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia.

No comments:

Post a Comment