Monday, 20 October 2014
Proton Tiara
Proton Tiara merupakan sebuah kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka di bawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.
Proton Perdana
Perdana SEi (1995-1998)
Proton Perdana mula dikeluarkan pada tahun 1995 dengan menggunakan enjin 4G63 SOHC. Kereta tersebut merupakan model pertana Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur.
Perdana V6 (1999-2010)
Pada tahun 1999, Proton menggunakan enjin V6 2.0 L Mitsubishi 6A12 untuk Perdana. Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2003 pula, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gayaAlfa Romeo. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagaiProton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikatEON.[1][2] Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.[1]
Kegunaan rasmi kerajaan Malaysia
Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan mestilah dari kalangan kereta nasional.[3] Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta tempatan tulen yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana dan Waja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklah Perdana Menteri Malaysia. Kecuali Sarawak,[4] Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.
Proton Putra
Proton Satria
Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang. Nama Satria yang bermaksud "pahlawan diraja" dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.
roton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan olehenjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual sertatransmisi automatik. Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasaan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya.
Pada tahun 2013, Satria Neo R3 di lancarkan untuk mengantikan Satria Neo yang sedia ada, ia di pacu oleh enjin CPS 1.6L dengan Tranmisi Manual dan Auto. Harga yang di tawarkan untuk Satria Neo R3 ini adalah, RM 60,800[1]bagi Manual Transmisi, dan RM 63,800
Proton Wira
Proton Wira, juga dikenali sebagai Proton Persona di sebilangan negara, ialah model kereta yang dikeluarkan oleh Proton Berhad, pengilang kereta negara Malaysia. Model ini yang diperkenalkan pada tahun 1993 berasaskan kereta MitsubishiLancer/Colt. Antara tahun 1996 dan 1998, model ini telah mencapai jualan sebanyak 220,000 unit, dan merupakan model yang amat popular di Malaysia.
Proton Generasi Pertama
Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Ia dilancarkan pada bulan 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada tahun 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan. Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada tahun 2008. Lebih daripada 1.2 juta unit dijual, dan ini menjadikan model generasi pertama ini model yang paling laris dijual Proton[1].
Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga yang menggunakan enjin Mitsubishi Sirius sambil mengibarkan Jalur Gemilang semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mitsubishi.
Sejarah Kemunculan Proton
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Subscribe to:
Posts (Atom)