Monday, 20 October 2014

Proton Satria

Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang. Nama Satria yang bermaksud "pahlawan diraja" dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.
roton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan olehenjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udaraABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual sertatransmisi automatik. Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasaan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya.
Pada tahun 2013, Satria Neo R3 di lancarkan untuk mengantikan Satria Neo yang sedia ada, ia di pacu oleh enjin CPS 1.6L dengan Tranmisi Manual dan Auto. Harga yang di tawarkan untuk Satria Neo R3 ini adalah, RM 60,800[1]bagi Manual Transmisi, dan RM 63,800

No comments:

Post a Comment