Perdana SEi (1995-1998)
Proton Perdana mula dikeluarkan pada tahun 1995 dengan menggunakan enjin 4G63 SOHC. Kereta tersebut merupakan model pertana Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur.
Perdana V6 (1999-2010)
Pada tahun 1999, Proton menggunakan enjin V6 2.0 L Mitsubishi 6A12 untuk Perdana. Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2003 pula, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gayaAlfa Romeo. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagaiProton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikatEON.[1][2] Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.[1]
Kegunaan rasmi kerajaan Malaysia
Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan mestilah dari kalangan kereta nasional.[3] Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta tempatan tulen yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana dan Waja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklah Perdana Menteri Malaysia. Kecuali Sarawak,[4] Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.
No comments:
Post a Comment