Tuesday, 21 October 2014

Proton Gen-2


Proton Gen-2 ialah sebuah kereta keluaran PROTON. Ia dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Enjin CamPro.

Proton Gen.2 merupakan kereta terkini keluaran Proton yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Dengan menggabungkan rekabentuk yang menarik dan kejuruteraan tercanggih, Proton amat berharap agar model terbarunya ini mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap kereta nasional(untuk pengguna tempatan) yang selama ini dikatakan tidak mempunyai kualiti yang diharapkan. Proton sedar mereka perlu keluar dari kepompong mereka dan bertukar menjadi pengeluar kereta yang lebih disegani.

No comments:

Post a Comment